Test-20210723-English

Community: c19_testing
Branch: Covid19

Secara asasnya, di Malaysia, penugasan tentera adalah lebih kepada sekuriti negara iaitu menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar. Mempertahankan negara dari ancaman luar adalah tugasan utama and keutamaan kami. Dan bilamana tentera digerak atur untuk menangani Covid semasa pandemik ini yang mana tugas utama adalah oleh pihak KKM (Kementrian Kesihatan Malaysia) dan apabila ATM diatur gerakkan bermaksud situasi Covid-19 kita adalah sangat kritikal. Dan kita,ATM sentiasa bersedia untuk membantu negara dan juga rakyat dalam apa sahaja situasi sama ada situasi wabak Covid-19 ataupun bencana alam dan sebagainya. Dalam situasi ini, kita telah diarahkan untuk membantu untuk memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit Covid-19 yang semakin ramai di Malaysia ini. Jadi, kami menyediakan perkhidmatan Hospital Medan di beberapa negeri di negara ini seperti di Kepala Batas, Pulau Pinang, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu, Hopital Kapit di Sarawak dan juga Hospital Labuan di WP Labuan buat masa sekarang. Tetapi kita juga pernah membuka Hospital Medan di Hospital Tawau di Sabah dan di Pokok Sena tetapi operasi di Hospital Medan di kedua-dua lokasi ini telah ditamatkan. Jadi yang tinggal hanya di lokasi yang disebutkan tadi. Walaupun kami mempunyai kelengkapan dan keanggotaan yang cukup untuk membantu negara dalam menangani wabak Covid ini, tetapi kita masih perlu agensi-agensi lain seperti agensi kerajaan yang lain APM, Bomba, Polis dan sebagainya. Tetapi itu adalah tugas hakiki masing-masing. Tetapi kami sangat berterima kasih, berbangga dan berbesar hati menerima sumbangan dan penglibatan secara langsung daripada pihak NGO yang juga memberikan sumbangan and sokongan kepada kami. Terutamanya pada masa ini adalah pengoperasian Hospital Medan and ICU Medan disini. Jadi pihak NGO seperti One Hope Charity Welfare and juga Persatuan Tzu Chi Malaysia di Pulau Pinang khususnya sangat memberikan kerjasama, sumbangan dan juga sokongan yang sangat padu daripada mula kami menubuhkan ICU Medan di Kepala Batas sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada semua pihak NGO.

返回上一頁






/Database/C19/testing/2021-07-23-Test-20210723-中文/Public_Files/installation-guide-my-cloud-home.pdf
This site is registered on wpml.org as a development site.